Cahaya-Hana
Twitter Facebook Follow Dashboard
Lelaki acuan Al-Quran



Lelaki acuan Al-Quran,
ialah seorang lelaki yang beriman

yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWT
yang sentiasa haus dengan ilmu
iaa sentiasa dahaga akan pahala
yang solatnya adalah maruah dirinya
dia tidak pernah takut berkata benar
yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

Lelaki acuan Al-Quran,
ialah lelaki yang menjaga pergaulan dan tutur katanya
yang tidak berbanggah dengan ilmu yang dimilikinya
tidak pula dia bermegah dengan harta dunia yang dicarinya

Lelaki acuan Al-Quran,
ialah lelaki yang menghormati ibu bapanya
yang santun pada tetangganya
yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
yang menjaga keharmonisan rumahtangganya
yang mendidik anak dan isterinya mendalami agama
kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat

Lelaki acuan Al-Quran,
yang hidup dibawah naungan Al-Quran 

& mentauladani Rasulullah SAW
yang sujudnya penuh kesyukuran dengan

rahmat Allah ke atasnya.

Lelaki acuan Al-Quran,
tidak pernah membazirkan masa usianya
iaa senantiasa menjaga penglihatan mata lahir & bathinnya
yang keluar dari nafasnya tak lain adalah dzikrulloh
yang tidurnya adalah ibadah karna selimutnya adalah keimanan
malamnya dihiasi dengan lail
subuhnya penuh dengan kekhusyukkan
iaa senantiasa menjaga wudhunya


Lelaki acuan Al-Quran,
sentiasa mengingati mati
baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
yang mana buah kehidupan itu perlu dijaga
untuk meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki acuan Al-Quran,
ialah lelaki yang tidak mudah terpesona
dengan buaian dunia
kerana dia mengimpikan Syurga
disitulah rumah impiannya
bersama wanita acuan Al-Quran

Sumber - Srikandi Islam



Alhamdulillah


Laillahaillallah Muhammadarrasullullah

Hana



Tweet Tweet



Jom tutup aurat :)



Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman agar mereka menjaga pandangan dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) [Surah An-Nur:31]
Moga Allah sayang, Moga Allah redha :')

Muslimah yang solehah itu umpama angin yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati.

Change for better



Will do, In shaa Allah



Even the smallest one



Recent Posts



Cahaya-Hana