
|
Cara Mengerjakan Sujud Syukur
![]() 5 Fakta Sujud Syukur yang perlu diketahui :
...................
Waktu: Sujud Syukur disunatkan sewaktu mendapat keuntungan atau sewaktu terhindar daripada bencana dan sebagainya Dalil : Daripada saidina Abu Bakar r.a. menceritakan bahawa Nabi Mohammad s.a.w. Apabila datang kepada beliau sesuatu yang mengembirakan atau khabar yang baik, beliau terus sujud berterima kasih kepada Allah taala. Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud dan Termidzi r.a. Rukun: 1 Niat 2 Takbiratulihram 3 Sujud 4 Memberi salam Syarat-syarat: Disyaratkan sujud syukur dengan beberapa syarat : a. Suci dari hadas besar dan kecil b. Suci dari najis samaada di badan, pakaian dan tempat c. Menghadap ke kiblat d. Menutup aurat Cara-cara melakukan : Pertama : Niat, SAHAJA AKU SUJUD SYUKUR KERANA ALLAH TAALA Kedua : Mengangkat takbiratulihram, ( ALLAHUAKBAR ) Ketiga : Sujud, sepertimana sujud dalam Solat Bacaan dalam sujud :
Ya Allah kami bersyukur di atas kurniaan dan nikmatmu. Ya Allah kami bersyukur dengan rezeki yang telah Engkau berikan kepada kami. Ya Allah ampuni lah dosa-dosa kami, kedua ibu bapa dan orang-orang yang beriman. Ya Allah jauhilah rumah dan tempat kerja kami daripada malapetaka. Ya Allah kami berjanji untuk mentaati segala perintah-Mu dan menjauhi segala larangan-Mu
![]() *** Perhatian:
- Sujud syukur hanya SUNAT dilakukan apabila datang NIKMAT yang TIDAK DISANGKA2 spt terselamat drpd kemalangan, dapat anak dan sebagainya (TIDAK SUNAT sujud syukur sekiranya kita sudah tahu akan dapat nikmat spt berjual beli dan sudah tahu beroleh untung).
- SUNAT juga kita sujud syukur bagi sahabat kita atau orang Islam lain yang dapat nikmat.
|
Alhamdulillah ![]() Hana
Tweet Tweet
Tweets by Cahaya Hana Jom tutup aurat :)
![]() Change for better
![]() Will do, In shaa Allah
![]() Even the smallest one
![]() Recent Posts
|