
|
Setanding mutiara Zabarjad :')
Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Riwayat Muslim,
”Harta yang paling berharga di
dunia adalah wanita yang solehah.”
Ramai
manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata-mata. Ada juga yang
menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga pada
keturunan.Tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya. Sesungguhnya
kemuliaan semua makhluk Allah SWT adalah terletak pada tahap ketaqwaan kepada Allah
SWT. Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.
Kemuliaan
dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka
diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya. Kerana
itulah sebagai anak, dia perlu menjadi anak yang solehah. Manakala sebagai
isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya. Sebagai
ibu pula, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih dan sayang.
Firman
Allah SWT dalam surah An-Nisa’ ayat ke-24 yang bermaksud, ”Barangsiapa
yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang
yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya
walau sedikitpun.”
Dalam Islam
wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan
siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita
diciptakan untuk saling melengkapi. Setiap lelaki dan wanita memiliki
tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah
masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama,
iaitu mencari keredhaan Allah SWT.
Rasulullah
SAW telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia
dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud,
“Berlaku
baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang
bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu
akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka
berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu.” - Hadis Riwayat Al-Bukhari dan
Muslim
Nilai
wanita bukan terletak pada pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk
memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu
dan keterbatasan dalam pergaulan. Wanita solehah itu adalah wanita yang tegar
menjaga maruah serta apa yang lahir dari dirinya, dari hujung rambut hingga
hujung kaki, termasuklah wajahnya, suaranya, senyum tawanya, jalannya,
tulisannya hatta namanya sekalipun. Wajahnya bukan aurat tetapi ada kalanya ia
menjadi aurat.
Saudariku,
Bangkitlah
dari lenamu yang panjang dan tidak berkesudahan. Sekali kamu terjatuh, jangan
biarkan diri kamu jatuh selamanya. Kamu punya kekuatan untuk bangkit
semula, walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan. Yakinlah
kasih sayang dan keampunan Allah terlalu luas.
Saudariku,
Hidup ini
seperti mimpi, seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja, dipuji
dan dipuja, segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya, tapi bila
dia sedar dari lenanya, dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak
punya apa-apa.
Seorang
raja yang bermimpi, menjadi seorang pengemis yang miskin dan
hodoh, dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yang
dilalui, tapi bila raja itu sedar dari lena, dia tetap seorang raja.
Matanglah
dalam urusan akhiratmu. Jangan kerana kesenangan dunia yang sementara, kau
sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya. Janganlah kerana kasih makhluk
yang sementara, kau hilang kasih Allah SWT di akhirat sana. Jika kau hilang
kasih Allah SWT, nescaya kau akan hilang segalanya.
Saudariku,
Saidatina
Aisyah RA pernah berpesan,
“Sebaik-baik
wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang”
Jangan kau berasa bangga
dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan
bagimu.
Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di
pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja.
Muliakanlah dirimu
dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki
penghuni syurga.
|
Alhamdulillah ![]() Hana
Tweet Tweet
Tweets by Cahaya Hana Jom tutup aurat :)
![]() Change for better
![]() Will do, In shaa Allah
![]() Even the smallest one
![]() Recent Posts
|