Cahaya-Hana
Twitter Facebook Follow Dashboard
Rejab is coming! Rejab is coming! :)



Rejab is coming! Rejab is coming! :)

Sekejap sangat waktu tu berlalu kan? Sedar sedar dah nak akhir tahun dah. Dah nak masuk rejab dah pun. Alhamdulillah merasa jugak Rejab tahun ni. :’)

Here’s some info. Hopefully, we all get blessed! :)

................

Rejab adalah bulan ke-7 dalam kalendar Islam.
Rejab yang bermakud ta’azim ( kebesaran, keagungan, kemuliaan ) kerana Allah akan melimpahkan rahmat-Nya adalah bulan yang sangat mulia.


  • Rejab bulan Allah, Syaaban bulan Rasulullah, Ramadhan bulan umat Rasulullah.
  • Rejab bulan menabur benih. Syaaban bulan menyiram tanaman, Ramadhan bulan menuai.
  • Amalan Rejab menyucikan badan, Syaaban menyucikan hati, Ramadhan menyucikan roh.
  • Rejab bulan maghfirah, Syaaban bulan syafaat, Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
  • Rejab bulan taubat, Syaaban bulan muhibbah, Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
  • Pahala amalan baik Rejab diganda 70 pahala, Syaaban diganda 700 pahala, dan Ramadhan diganda 1000 pahala.

................

Doa bulan Rejab :

Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Syaaban serta sampaikan kami ke bulan Ramadhan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang Engkau berikan kapadaku dan mengakui dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya Allah.

................

Peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Rejab :


  •  Israk dan Mikraj (27 Rejab)
  • Solat lima waktu yang difardukan ke atas umat Islam (malam Israk Mikraj)
  • Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah


................

.Fadhilat puasa sepanjang Rejab :

Amalan terbaik di dalam Rejab adalah berpuasa. Maksud hadis  Rasulullah mengenai kelebihan berpuasa pada Rejab adalah seperti berikut :


  • Puasa 1 hari – Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.
  • Puasa 2 hari – mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipat gandakan pahalanya.
  • Puasa 3 hari – dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka.
  • Puasa 4 hari – diselamatkan daripada seksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
  • Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.
  • Puasa 6 hari – dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
  • Puasa 7 hari – Allah mengunci 7 pintu neraka jahanam baginya.
  • Puasa 8 hari – Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
  • Puasa 9 hari – keluar dari kubur lalu menyeru “Lailahaillallah” dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
  • Puasa 10 hari – Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap batu dan dijadikan dua sayap untuk terbang seperti kilat di Siratul Mustaqim.
  • Puasa 13 hari – Saidina Ali berkata fadhilatnya seperti puasa 3000 tahun.
  • Puasa 14 hari – Saidina Ali berkata fadhilatnya seperti puasa 10000 tahun.
  • Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata fadhilatnya seperti puasa 100000 tahun.
  • Puasa 16 hari – dapat melihat wajah Allah dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
  • Puasa 19 hari – Di bina sebuah mahligai di hadapan Nabi Ibrahim dan Nabi Adam.
  • Puasa 20 hari – Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.
  • Sesiapa berpuasa tiga hari dalam bulan ini dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf ( ketika al-Quran dinaikkan ke langit ), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.
  • Berpuasa pada 27 Rejab ( Hari Israk dan Mikraj ) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1000 tahun.
  • Dapat minum air sungai yang dinamakan Rejab dengan airnya lebih putih daripada susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin daripada salji.
  • Setiap umat Islam berpuasa pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seperti seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
  • Sedekah pada Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap helai bulu roma seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.
  • Orang yang lemah daripada berpuasa pada Rejab hendaklah bersedekah tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

................


Alhamdulillah


Laillahaillallah Muhammadarrasullullah

Hana



Tweet Tweet



Jom tutup aurat :)



Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman agar mereka menjaga pandangan dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) [Surah An-Nur:31]
Moga Allah sayang, Moga Allah redha :')

Muslimah yang solehah itu umpama angin yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati.

Change for better



Will do, In shaa Allah



Even the smallest one



Recent Posts



Cahaya-Hana