
|
Kelebihan doa Nabi Yunus
"Maka kalau sekiranya dia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah. Niscaya ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit.” (Ash-Shaffat: 143-144) Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Di dalam al-Quran terdapat kisah Nabi Yunus a.s. yang
boleh dijadikan pengajaran dan jika di amalkan doa Nabi Yunus
a.s Allah akan lepaskan Hambanya dari kesusahan atau musibah yang
menimpa atau di dalam bahasa zaman sekarang saat-saat kecemasan ( emergency )
tetapi individu tersebut perlulah seorang mukminin, sama-sama kita ikuti kisah
Nabi Yunus a.s semoga kita beroleh keredhaan Allah swt sampai hari pembalasan.
..................................
Nama sebenar Nabi Yunus a.s adalah Yunus bin Mata atau
Zun Nun. Baginda adalah seorang Nabi yang mulia yang diutus oleh Allah SWT
kepada kaumnya. Baginda menasihati mereka dan membimbing mereka ke jalan
kebenaran dan kebaikan; baginda mengingatkan mereka akan kedahsyatan hari
kiamat dan menakut-nakuti mereka dengan neraka dan menjanjikan mereka dengan
syurga; baginda memerintahkan mereka dengan kebaikan dan mengajak mereka hanya
menyembah kepada Allah SWT.
Nabi Yunus a.s. senantiasa menasihati kaumnya namun tidak
ada seorang pun yang beriman di antara mereka. Datanglah suatu hari kepada Nabi
Yunus di mana baginda merasakan keputusannya dari kaumnya. Hatinya dipenuhi
dengan perasaan marah kepada kaumnya kerana mereka tidak beriman. Kemudian
baginda keluar dalam keadaan marah dan menetapkan untuk meninggalkan mereka.
Allah SWT menceritakan hal itu dalam firman-Nya :
“ Dan (ingatlah kisah) Zun Nun (Yunus), ketika ia pergi
dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahwa Kami tidak akan mempersempitnya
(menyulitkannya) maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: ‘ Tidak ada
tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk orang-orang
yang zalim." (Surah al-Anbiya’ ayat 87)
Tidak ada seorang pun yang mengetahui perasaan
dalam diri Nabi Yunus a.s. selain Allah SWT. Nabi Yunus a.s. cukup marah kepada
kaumnya kerana keengganan mereka untuk beriman kepada Allah SWT. Dalam keadaan
demikian, baginda meninggalkan kaumnya.
Baginda pergi ke tepi laut dan menaiki kapal yang dapat
memindahkannya ke tempat yang lain. Allah SWT belum mengeluarkan keputusan-Nya
untuk menyuruh baginda meninggalkan kaumnya .Nabi Yunus a.s. mengira
bahawa Allah SWT tidak mungkin menurunkan hukuman kepadanya kerana dia
meninggalkan kaumnya itu. Saat itu Nabi Yunus a.s. seakan-akan lupa bahawa
seorang nabi diperintah hanya untuk berdakwah di jalan Allah SWT. taufik dan
hidayah itu adalah hak Allah SWT untuk diberikan-Nya kepada sesiapa yang Dia
kehendaki. Jadi, tugasnya hanya berdakwah di jalan Allah SWT dan menyerahkan
sepenuhnya masalah berjaya atau tidak kepada Allah SWT semata-mata.
Diringkaskan cerita setelah undian dibuat sebanyak tiga
kali Nabi Yunus a.s. termasuk penumpang kapal yang akan di campakkan kelaut
disebabkan untuk mengurangkan beban kapal ketika laut bergeloran untuk
mengelakkan kapal karam.
Nabi Yunus a.s. sangat terkejut ketika mendapati dirinya dalam perut ikan. Ikan itu membawanya ke dasar lautan dan lautan membawanya ke kegelapan malam entah ke mana...
Tiga kegelapan yang di alami oleh Nabi Yunus a.s. iaitu:
1. kegelapan di dalam perut ikan,
2. kegelapan di dasar lautan, dan
3. kegelapan malam.
Nabi Yunus a.s. merasakan bahawa dirinya telah mati.
Baginda mencoba menggerakkan panca inderanya dan anggota tubuhnya masih
bergerak. Kalau begitu, baginda masih hidup. Baginda terpenjara dalam tiga
kegelapan.
Nabi Yunus a.s. mulai menangis dan bertasbih kepada Allah
SWT. Baginda mulai melakukan perjalanan menuju Allah saat baginda terpenjara di
dalam tiga kegelapan. Hatinya mulai bergerak untuk bertasbih kepada Allah, dan
lisannya pun mulai mengikutinya. Baginda mengatakan:
" Laailahailaanta subhanainni kuntum minazzalimin"
(Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh
aku termasuk orang-orang yang zalim.)
Ketika terpenjara di perut ikan, baginda tetap bertasbih
kepada Allah SWT. Ikan itu sendiri berenang cukup jauh. Kemudian ikan itu
tertidur di dasar lautan. Sementara itu, Nabi Yunus a.s masih bertasbih kepada
Allah SWT. Baginda tidak henti-hentinya bertasbih dan menangis. Baginda tidak
makan, tidak minum, dan tidak bergerak. Baginda berpuasa dan berbuka dengan
tasbih.
Ikan-ikan yang lain dan tumbuh-tumbuhan dan semua makhluk
yang hidup di dasar lautan mendengar tasbih Nabi Yunus. Tasbih itu berasal dari
perut ikan paus ini. Kemudian semua makhluk-makhluk itu berkumpul di
sekitar ikan paus itu dan mereka pun ikut bertasbih kepada Allah
SWT. Setiap dari mereka bertasbih dengan caranya dan bahasanya sendiri.
Ikan paus yang memakan Nabi Yunus itu terbangun dan
mendengar suara-suara tasbih begitu riuh dan gemuruh. Ia menyaksikan di dasar
lautan terjadi suatu perayaan besar yang dihadiri oleh ikan-ikan dan
hewan-hewan lainya, bahkan batu-batuan dan pasir semuanya bertasbih kepada
Allah SWT dan ia pun tidak ketinggalan ikut serta bersama mereka bertasbih
kepada Allah SWT. Dan ia mulai menyadari bahawa ia sedang menelan seorang Nabi.
Ikan itu pun mentaati perintah Ilahi. Tubuh Nabi Yunus
a.s. merasakan kepanasan di perut ikan. Baginda sedang sakit tenat, lalu
matahari bersinar dan menyentuh badannya yang kepanasan itu. Kemudian Allah SWT
menumbuhkan pohon Yaqthin (jenis labu), iaitu pohon yang daun-daunnya lebar
yang dapat melindungi dari sinar matahari. Dan Allah SWT menyembuhkannya dan
mengampuninya. Allah SWT memberitahunya bahawa kalau bukan kerana tasbih yang
diucapkannya nescaya ia akan tetap tinggal di perut ikan sampai hari kiamat.
Allah SWT berfirman maksudnya : “Sesungguhnya Yunus
benar-benar salah seorang rasul. (Ingatlah) ketika ia lari ke kapal yang penuh
muatan, kemudian ia ikut undi lalu dia termasuk orang-orang yang kalah dalam
undian. Maka ia ditelan oleh ikan besar dalam keadaan tercela. Maka kalau
sekiranya ia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah, nescaya ia
akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit. Kemudian Kami
lemparkan dia ke daerah yang tandus, sedang ia dalam keadaan sakit. Dan kami
tumbuhkan untuk dia sebatang pohon dari jenis labu. Dan Kami utus dia kepada
seratus ribu orang atau lebih. Lalu mereka beriman, kerena itu Kami anugerahkan
kenikmatan hidup kepada mereka hingga waktu yang tertentu.” (Surah as-Saffat
ayat 139-148)
Firman-Nya lagi yang bermaksud : “Dan (ingatlah kisah)
Zun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahwa
Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya) maka ia menyeru dalam keadaan
yang sangat gelap: ‘ Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh
aku termasuk orang-orang yang zalim. Maka Kami kabulkan (doanya) dan Kami
menyelamatkan orang-orang yang beriman." (Surah al-Anbiya’ ayat 87-88)
Kita sekarang ingin membahas masalah yang menurut ulama
disebut sebagai dosa Nabi Yunus. Apakah Nabi Yunus melakukan suatu dosa dalam
pengertian yang hakiki, dan apakah para nabi memang berdosa? Jawabannya adalah:
Para nabi adalah orang-orang yang maksum tetapi kemaksuman ini tidak bererti
bahawa mereka tidak melakukan sesuatu yang menurut Allah SWT itu adalah satu
kelemahan yang perlu hukuman sebagai pengajaran bukan kerana Allah SWT murka.
Nabi Yunus adalah seorang Nabi yang diutus oleh Allah SWT
kepada mereka. Seharusnya ia menyampaikan dakwah di jalan Allah SWT dan ia
tidak peduli dengan hasil dakwahnya. Tugas baginda hanya sekadar menyampaikan
agama. Keluarnya baginda dari kampung halaman kaumnya dalam keadaan mereka
kufur adalah dilarang melainkan mendapat wahyu daripada Allah SWT seperti Nabi
Luth a.s. di arahkan keluar daripada kampung halamannya kerana Allah SWT ingin
membinasakannya.
Allah SWT memberikan suatu pelajaran kepada Yunus dalam
hal dakwah di jalan-Nya. Allah SWT mengutusnya hanya untuk berdakwah. Inilah
batasan dakwahnya dan baginda tidak perlu bimbang jika mereka tidak beriman dan
tidak patut marah kepada mereka kerana petunjuk dan hidayah adalah hak mutlak
Allah SWT.
Allah SWT berfirman maksudnya : “Dan mengapa tidak ada
penduduk suatu kota yang beriman, lalu imannya itu bermanfaat kepadanya selain
kaum Yunus? Tatkala mereka (kaum Yunus itu) beriman, Kami hilangkan dari mereka
azab yang menghinakan dalam kehidupan dunia, dan Kami beri kesenangan kepada
mereka sampai waktu yang tertentu.”
Marilah sama-sama kita mengambil iktibar daripada kisah
Nabi Yunus a.s. ini bahawa setiap orang mukmin yang menjadi pendakwah perlulah
bekerja menyampaikan mesej Islam kepada manusia dengan cara yang hikmah. Jika
mereka tidak mahu mengikutnya kita jangan marah kepada mereka kerana terima
atau tidak mereka kepada Islam itu adalah urusan mereka dengan Allah SWT. Tugas
kita hanya menyampaikan saja. Taufik dan hidayah itu adalah hak mutlak Allah
SWT, dan Dia akan memberikan kepada sesiapa saja yang Dia kehendaki. Kita boleh
berdoa kepada Allah SWT semoga Allah SWT membuka pintu hati-hati mereka untuk
beriman kepada-Nya.
Fadhilat doa/tasbih Nabi Yunus a.s. semasa
terperangkap di dalam perut Ikan Nun.
Sabda Rasulullah SAW maksudnya :
Sabda Rasulullah SAW maksudnya :
“ La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu
minazzholimiin.”
![]()
Walaubagaimanapun doa hendaklah seiring dengan usaha kerana itu
fitrah manusia dan apabila berdoa beserta dengan sedikit usaha insyaallah kita
akan terselamat dari sesuatu malapetaka dari menjadi lebih teruk lagi.
|
Alhamdulillah ![]() Hana
Tweet Tweet
Tweets by Cahaya Hana Jom tutup aurat :)
![]() Change for better
![]() Will do, In shaa Allah
![]() Even the smallest one
![]() Recent Posts
|