Cahaya-Hana
Twitter Facebook Follow Dashboard
Lima yang mendatangkan pahala :)


Assalamualaikum wbt :) 
Lama rasanya tak menulis ni disini. And now i'm back. :) Moga Allah merahmati kita semua.

Dan berbalik kepada tajuk. Lima perkara yang mendatangkan pahala :) #Lihat pun ibadah 

1) Melihat wajah kedua ibu bapa 
Kedudukan ibu bapa di sisi Allah s.w.t sangat mulia. Umpama kita melihat syurga. MasyaAllah :') Walau jauh mana pun kita daripada mereka, jangan sesekali melupakan mereka. Hubungi lah mereka walaupun hanya sebentar cuma. Percaya lah di lubuk hati mereka berbunga bukan kepalang mendengar suara anak tercinta. Pahala tu :) Dan bagi mereka yang tinggal berjauhan, pulanglah wahai permata permata sekalian, jangan menyesal jika suatu hari nanty apa yang kita lihat hanyalah sekujur jasad yang terbujur kaku. Astaghfirullah, mohon dijauhkan 

#Ibu Ayah - ku titipkan doa buatmu meskipun ku dikejauhan

2) Melihat Kaabah
-Subhanallah, Maha Suci Allah. Begitu hebat kebesaranMu. Walaupun kita tidak menunaikan haji atau umrah, dengan hanya melihat Kaabah, Allah menjanjikan pahala buat kita. Subhanallah 




3) Melihat Air Zam-Zam
- Melihatnya pun mendatangkan pahala. Apatah lagi pabila meminumnya :)



4) Melihat Al-Quran 
Subhanallah, satu lagi kebesaran Allah. Lihat pun dapat pahala :) Itulah sifat Allah Maha Pemurah. Ar-Rahman :) Itu baru lihat belum lagi baca! Dan janji Allah, tiap tiap huruf yang dibaca dijanjikan pahala. Allahu Akbar!

Pahala tiap-tiap huruf Al-Quran dijelaskan dalam sebuah Hadis dari Ibnu Masud r.a dari Rasulullah s.a.w:
Daripada Ibnu Masud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda/; 
Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.

Mengenai pahala tiap-tiap ayat telah disebut dalam beberapa hadis antaranya yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:
  • Sesiapa yang membaca Al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam tidak dimasukkan ke dalam golongan yang lalai.
  • Sesiapa yang memelihara sembahyang fardu tidak termasuk dalam golongan yang lalai dan sesiapa yang membaca 100 ayat pada satu malam dimasukkan ke dalam golongan yang taat.
  • Barangsiapa yang mendengarkan satu ayat daripada Al-Quran ditulis baginya satu kebajikan yang berlipat kali ganda dan barang siapa yang membacanya adalah baginya cahaya pada hari Qiamat.
Adapun pahala membaca surah-surah banyak diriwayatkan dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w antaranya:
  • Sesiapa yang mambaca surah Yasin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu dipenuhi.
  • Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada tiap-tiap malam kebuluran/kepapaan tidak akan menima dirinya.
Selain daripada pahala yang disebut sebelum ini, pahala membaca dalam solat dan pahala membaca dengan berwuduk lebihbesar ganjarannya daripada tidak berwuduk. Berpandukan Hadis Rasulullah s.a.w yang panjang dapat disimpulkan seperti berikut:
  • Pahala membaca Al-Quran dalam solat bagi tiap-tiap satu huruf seratus kebajikan
  • Pahala membaca dengan berwuduk di luar solat bagi tiap-tiap satu huruf sepuluh kebajikan.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang berbunyi:
Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w: 
Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan menjadi kemegahan kebanggaan umatku ialah Al-Quran yang mulia.

Daripada Abu Ummamah Al-Bahili r.a. katanya, 
Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Bacalah Al-Quran! Kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat (pembela) bagi orang yang membacanya. Bacalah dua surah yang bercahaya, iaitu surah Al-Baqarah dan surah Ali Imran. Kerana sesungguhnya keduanya akan datang pada hari kiamat seperti dua mega yang menaungi atau seperti dua awan yang melindungi di atas kepalanya atau seperti dua gerombolan burung yang bersaf-saf. Kedua-dua surah itu akan membela pembacanya.”


5) Melihat laut
- MasyaAllah, pandang laut pun dapat pahala. :) (Menghayati keindahan alam seperti laut dan gunung sambil mengagungkan kebesaran Allah SWT)




#Tengok je pun dapat pahala. Sayangnya Allah pada kita! :) 


Alhamdulillah


Laillahaillallah Muhammadarrasullullah

Hana



Tweet Tweet



Jom tutup aurat :)



Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman agar mereka menjaga pandangan dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) [Surah An-Nur:31]
Moga Allah sayang, Moga Allah redha :')

Muslimah yang solehah itu umpama angin yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati.

Change for better



Will do, In shaa Allah



Even the smallest one



Recent Posts



Cahaya-Hana