Cahaya-Hana
Twitter Facebook Follow Dashboard
Siapa kita ni sebenarnya?


Kita sebenarnya lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram.

Kita sebenarnya lebih tahu apa itu 14 Februari (velentine day) daripada 12 Rabiulawal.

Kita sebenarnya lebih membesarkan hari Sabtu (hari kebesaran yahudi) dan Ahad (hari kebesaran nasrani) daripada hari Jumaat.

Kita sebenarnya lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar azan.

Kita sebenarnya lebih suka lepak, tidur, tengok tv daripada sembahyang & isikan masa hadir ilmu agama.

Kita sebenarnya lebih tahu nama artis-artis kita daripada nama-nama pujian Asma ul-husna.

Kita sebenarnya lebih suka menyebut hello atau hai daripada ucapan Assalamualaikum.

Kita sebenarnya  lebih suka menyanyi daripada berzikir atau bertasbih.

Kita sebenarnya lebih suka menerima (hadiah) daripada memberi.

Kita sebenarnya lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri.

Kita sebenarnya lebih suka membaca majalah harian daripada buku-buku agama dan Al-Quran.

Kita sebenarnya lebih suka pergi ke konsert daripada ceramah agama.

Kita sebenarnya lebih suka memaki, mengumpat orang daripada mendoakan dan menasihati mereka.

Kita sebenarnya lebih suka mencarut daripada menyebut MasyaAllah.

Kita sebenarnya lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikan.

Kita sebenarnya  lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita.

Kita sebenarnya lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat. Tapi, bila ada orang tanya arah tujuan kita, kita lebih suka menjawab mind your own business!

Kita sebenarnya lebih suka angankan menuju ke syurga daripada neraka.

Tapi layakkah kita menjadi calon pilihan ke-syurga milik Allah s.w.t?

Yang sesungguhnya, akhirat itulah negeri yang kekal. Barang siapa mengerjakan perbuatan jahat, maka ia tidak akan dibalasi melainkan setimpal dengan perbuatan jahat itu. dan barang siapa yang mengerjakan amalan soleh, baik laki-laki mahupun perempuan, sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab” (Surah Al-Mu'min)

Wallahu 'alam bisawab.


Alhamdulillah


Laillahaillallah Muhammadarrasullullah

Hana



Tweet Tweet



Jom tutup aurat :)



Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman agar mereka menjaga pandangan dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) [Surah An-Nur:31]
Moga Allah sayang, Moga Allah redha :')

Muslimah yang solehah itu umpama angin yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati.

Change for better



Will do, In shaa Allah



Even the smallest one



Recent Posts



Cahaya-Hana