
|
Buatmu Gadis Bagaikan Puteri
Sudah lama aku memerhatikan si puteri. Berbagai ragam berbagai cara ku temui.
Puteri,
Mengapa akhlakmu begitu rakus sekali? Mengapa tiada kelemah-lembutan dalam bicara dan perlakuanmu? Mengapa ia terlalu ganas menghilangkan ciri-cirimu sebagai seorang puteri?
Duhai puteri,
Usahlah mempertinggikan suaramu itu lebih dari seharusnya di tempat awam. Mengapa gelak ketawamu itu terlalu kuat sehinggakan menyebabkan ada yg rasa jengkel? Mengapa bicaramu pada sahabat di sebelahmu itu kuatnya bagaikan kamu bercakap dgn seluruh dunia?
Buat si puteri,
Mengapa apabila dikau bersengketa, dikau melampaui batas? Ketahuilah tengkingan pada sahabatmu itu bagaikan mencurah minyak di api marak! Bukankah lebih baik andai ia diselesaikan dgn perbincangan yg penuh toleransi?
Sayangku puteri,
Mengapa begitu sukar dirimu memaafkan orang lain? Mengapa begitu kerasnya hati sehingga merasa diri seratus peratus betul tanpa perlu bermuhasabah terlebih dahulu? Mengapa begitu sukar untuk dirimu menuturkan kata maaf? Mana kelembutan hatimu puteri?
Cantiknya si puteri,
Mengapa ditayang mudah segala kecantikan diri pada dunia? Jangan sampai hanya tinggal sisa pada suamimu kelak. Mengapa perlu bergaya dgn pelbagai gaya menggoda dan mempamernya pada dunia tanpa rasa malu sekelumit pun? Apa tidak malu dirimu andai dijadikan bahan fitnah dan imaginasi?
Bicaranya si puteri,
Mengapa mesti diselitkan dgn kata-kata umpatan dan cercaan yg menyakitkan hati? Mengapa mesti ada kata-kata kasar walaupun bertujuan untuk memuaskan hati? Mana hilangnya kelembutan bicaramu si puteri?
Kisahnya si puteri,
Mengapa mesti dikau kongsikan segala aib diri pada dunia? Mengapa pula dikau ceritakan kisah-kisah intim berdua di internet dan segala? Walaupun itu adakalanya acuhan semata, tetapi sedarkah dikau betapa ia telah menjatuhkan maruahmu serendah-rendahnya?
Puteri,
Jadilah dirimu bagaikan bidadari duniawi. Lembutkanlah bicara dan perlakuanmu. Sayangilah dirimu dengan menjaga segala tingkah lakumu.
Ketahuilah wahai puteri,
Populariti itu tidak menjamin kebahagiaan. Kecantikan itu tidak menjamin kesenangan. Apa gunanya dikenali semua orang namun tidak dihormati dan ramai yg menghina diri? Apa gunanya kecantikan luaran tapi buruknya kelakuan dan busuknya hati mencemarkan peribadi diri?
Sayangku puteri,
Tebalkanlah sifat malu itu dalam dirimu. Malu itu akan menjadi benteng buat dirimu agar tidak terjerumus dalam kancah-kancah yang bakal membuka aib diri. Jadilah seorang yg pemalu tetapi berani. Malulah dalam membuka aib diri dan melakukan kemungkaran namun berani dalam melakukan perkara yg betul dan berjuang di jalanNya!
Auratmu puteri,
Tutuplah ia dan janganlah mendedahkan ia mudah. Tidak takutkah dirimu apabila tiba Hari Perhitungan kelak? Apa dikau tidak meyakini Allah itu wujud dan tibanya Hari Perhitungan itu?
Tingkah laku si puteri,
Buanglah segala yang ganas dan terlampau kasar itu. Tanamlah akhlak si puteri yg sebenarnya. Jadilah puteri yg berlemah lembut dan menyejukkan mata yang memandang.
Kisahmu itu si puteri,
Tulis sahajalah dalam diari. Tidak perlu diwar-warkan segalanya hinggakan menceritakan perkara yg tidak patut diberitahu. Andai Allah telah menutup aibmu, tidak perlulah dicanangkan pula pada dunia tentang kisah aibmu itu.
Pergaulanmu si puteri,
Jangan menjadi terlampau mudah dan tidak terjaga sama sekali. Jangan jadikan diri sebagai punca lelaki sukar untuk menjaga pandangan mereka. Apa dikau mahu menjadi wanita yang tidak mencium bau syurga?
Sayangilah dirimu si puteri. Perbaiki akhlak dan peribadimu. Amatlah kosong dirimu andai perasaan malu itu tidak lagi ada di jiwamu.
Buat puteri-puteri yang membaca coretan ini, sama-samalah kita bermuhasabah dan memperbaiki diri. Berubahlah bermula dari hari ini untuk menjadi lebih cantik pada pandangan Ilahi. Berusahalah untuk menjadi bidadari syurgawi!
![]()
#AishaArdini.com
|
Alhamdulillah ![]() Hana
Tweet Tweet
Tweets by Cahaya Hana Jom tutup aurat :)
![]() Change for better
![]() Will do, In shaa Allah
![]() Even the smallest one
![]() Recent Posts
|