Cahaya-Hana
Twitter Facebook Follow Dashboard
Matlamat Hidup




TUJUAN HIDUP

Orang yang mempunyai fikiran yang matang akan berkata : “Kita makan untuk hidup.” Tapi orang yang berfikiran cetek dan tak matang pula mengatakan : “ Kita hidup untuk makan.” Orang yang bersifat materialistik pula berkata : “Kita hidup untuk mencari harta yang ada di pelosok dunia ni. Barulah terasa nikmat!”

Bukankah setiap hari, 5 hari sekali dalam solat fardu kita, kita berjanji dengan Allah? Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam. Itulah janji kita dalam solat. Adakah itu bukan matlamat? Adakah itu hanya bicara mulut sahaja tanpa mengerti dan menghadam maksudnya yang mendalam? Allah. Itulah tujuan dan matlmat keseluruhan hidup kita.

“aku hadapkan wajahku kepada (Allah) yang menciptakan langit dan bumi dengan penuh kepasrahan (mengikuti) agama yang benar, dan aku bukanlah termasuk orang-orang musyrik.” (Surah al-an’am : 79)

Orang yang beriman akan menjawab : “ Manusia hidup hanya untuk Allah dan untuk hidupnya yang kekal abadi (di akhirat nanti).”

“maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka (dengan apa yang demikian) Maha Tinggilah Allah yang menguasai alam, lagi yang tetap benar.” (Surah al-mukminun : 115-116)

Alangkah besarnya perbezaan antara orang yang hidup untuk dirinya sendiri dengan orang yang hidup untuk Tuhannya. Dunia yang indah dengan fatamorgana. Siapa yang tak tergoda dengan kenikmatan yang diperoleh di dalamnya? Harta, pangkat, darjat dan wanita. Kita pasti hanyut! Kecuali orang-orang yang hati dan jiwanya dekat dengan petunjuk dan hidayah serta nur Allah. Beruntunglah! Semoga kita termasuk golongan insan-insan yang beruntung di hari akhirat kelak. Amin…

“Katakanlah, kesenangan di dunia ini hanya sedikit dan akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa (mendapat pahala turut berperang) dan kamu tidak akan dizalimi sedikit pun.” (Surah al-Nisa’ : 77)

MATLAMAT INGIN KE SYURGA

Syurga adalah kampung idaman kita. Dunia ini ibarat jambatan untuk kita menuju ke negeri akhirat. Berjalanlah di atas jambatan dunia ini dengan penuh takwa dan berhati-hati kerana kita mungkin akan tersungkur di tengah jalan. Jangan sampai kita terhumban ke Neraka. Na’uzubillahi min zalik. Setiap manusia pasti mengimpikan Syurga. Namun, adakah kita mengamalkan segala yang diperintah Allah? Adakah kita betul-betul patuh dan taat pada-Nya? Adakah Syurga akan menerima kita? Layakkah kita untuk menghuni Syurga yang barakah?

“(iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), ‘ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia ; Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab Neraka’..” (Surah al-imran : 191)

Berjuanglah dalam hidup agar kita mujahadah. Berkorbanlah semata-mata kerana-Nya. Berlumba-lumbalah dalam mengerjakan kebaikan. Berpesan-pesanlah dengan kebenaran dan kesabaran. Kejarlah cinta dan kasih sayang-Nya. Semoga kita berjaya menggapai reda-Nya kerana hidup takkan pernah bererti dan bermakna tanpa reda Yang Maha Esa.

Daripada Abu Said al-Khudri r.a., Rasulullah s.a.w. berkata kepadanya : “wahai Abu Said! Siapa yang meredai Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai nabi ; maka wajiblah baginya Syurga.” (Riwayat Muslim)

Jadikan Syahid itu cita-cita tertinggi kita..
Jadikan Allah tujuan utama kita..
Jadikan Syurga matlamat hidup kita..
Semoga kita bertemu dengan erti hidup yang sebenarnya



Alhamdulillah


Laillahaillallah Muhammadarrasullullah

Hana



Tweet Tweet



Jom tutup aurat :)



Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman agar mereka menjaga pandangan dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) [Surah An-Nur:31]
Moga Allah sayang, Moga Allah redha :')

Muslimah yang solehah itu umpama angin yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati.

Change for better



Will do, In shaa Allah



Even the smallest one



Recent Posts



Cahaya-Hana