Cahaya-Hana
Twitter Facebook Follow Dashboard
Takhliah, Tahliah, Tajliah


Tegakah aku ya Allah,
jika ku usir cinta yang sarat di hati,
jika ku enggan lagi peduli,
pada rindu yang sesak di sanubari,
demi sebuah takhliah,
yang ingin aku pateri,
yang ingin aku manifesti.

Salahkah aku ya Allah,
jika ku ingin bebaskan jiwa,
lemas dibelenggu noda dunia,
jika ingin ku hiasi sukma,
dengan sentuhan tahliah,
untukku lakar asma-Mu,
teguh di takhta kalbu,
walauku tak tahu pasti,
apakah layak untukku miliki,
setitis nur tajliah nan hakiki.

Maafkan aku,
bukan sengaja ku ingin calari hatimu,
lantaran kebiadapanku,
tapi ku mohon kau mengerti,
ku mohon kau fahami,
aku ingin menggarap takhliah, tahliah dan tajliah,
kerana aku ingin berlari dan terus berlari,
untuk mendakap bahagia abadi,
dalam pengabadian sejati,
menuju ilahi Rabbi.




Alhamdulillah


Laillahaillallah Muhammadarrasullullah

Hana



Tweet Tweet



Jom tutup aurat :)



Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman agar mereka menjaga pandangan dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) [Surah An-Nur:31]
Moga Allah sayang, Moga Allah redha :')

Muslimah yang solehah itu umpama angin yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati.

Change for better



Will do, In shaa Allah



Even the smallest one



Recent Posts



Cahaya-Hana